NakPonakYo?
GPRS

HOME

Apa ada dengan aku | Favorite Links | Contact Me | Lagoo | Video | Sanggar

Teknologi transmisi data GSM bentuk GPRS(General Packet Radio Services) adalah sebuah teknologi yang dipergunakan untuk pelayanan data wireless seperti pada wireless internet atau intranet serta pelayanan multimedia.

"
Alat komunikasi dengan GSM GPRS mempunyai kemudahan pemindahan data sehingga kelajuan 170kbps "

Juga biasanya dikenali sebagai GSM-IP(internet Protocol), kerana akan menghubungkan pengguna dengan ISP (Internet Service Provider). 

Salah satu manfaat teknologi baru ini adalah, pengguna akan selalu terhubung atau connected. Selalu online, tetapi akan dikenakan kos hanya dari besarnya data yang ditransmisi. Dengan teknologi ini panggilan secara voice dapat dilakukan secara bersamaan dengan transmisi data. Tetapi ini bergantung kepada jenis hp yang digunakan.

Banyak pengeluar hp telah menggunakan teknologi ini pada hpnya. Seperti Erricson, Nokia, Siemens, Sagem, Alcatel, Samsung, Motorola dan sebagainya. 

GPRS merupakan suatu tambahan pelayanan baru pada network yang sedia ada. Dengan GPRS , para operator network GSM dapat memberikan pelayanan kompetitif untuk pemindahan data, sehingga melengkapi khidmat pelayanan yang mereka berikan.

Teknologi ini sedang berkembang, dan tentu saja seperti teknologi pada dunia wireless lainnya, teknologi ini akan berkembang pantas. Seperti GPRS roaming yang merupakan keperluan asas untuk terwujudnya global mobile internet bagi pelanggan GPRS pada pelbagai operator GPRS network pada masa yang akan datang. Ini diterapkan pada GRX, yang merupakan suatu IP routing network tersentralisasi untuk interkoneksi antara GPRS network. Sistem GRX yang berdasarkan GPRS roaming telah berjaya dilaksanakan antara Sistem roaming Sonera dengan network dari Nokia.

Tentu saja banyak pengeluar besar lainnya terus mengembangkan sistem ini, yang pada akhirnya mudah2an dapat menguntungkan pengguna.

Features penting di GPRS

General Packet Radio Service (GPRS) adalah sebuah khidmat pelayanan tambah berupa nonvoice yang memungkinkan maklumat dapat dihabtar dan diterima pada sebuah mobile telephone network. Sistem ini menambahkan kemudahan baru dari apa yang ada sekarang iaitu Circuit Switched Data and Short Message Service. GPRS tidak ada hubungannya dengan GPS (the Global Positioning System). Beberapa features unik GPRS adalah sebagai berikut :

KEPANTASAN

Secara teori kepantasan maksimum sistem ini 171.2 kilobytes per second (kbps). Ini adalah adalah 3 kali lebih cepat dari transmisi data dari sistem network telekomunikasi fixed yang ada dan 10 kali lebih cepat dari Circuit Switched Data pada sistem network telekomunikasi wireless GSM ketika ini.Dengan kepantasan penghataran data, maka sistem ini tentu akan memberikan pelayanan yang lebih murah dibanding dengan SMS atau Circuit Switched Data. 

SELALU TERSEDIA

GPRS adalah sebuah sistem yang terhubung terus, dimana maklumat dapat segera dihantar atau diterima ketika diperlukan. Tidak perlu adanya dial-up modem. Kerana sebagaimana yang telah diterangkan diatas, GPRS adalah sebuah sistem yang "always connected". 

APLIKASI BARU YANG LEBIH BAIK

GPRS memberikan kemudahan baru untuk beberapa aplikasi yang sebelumnya tidak ada pada network GSM, kerana wujudnya keterbatasan pada kepantasan di Circuit Switched Data (9.6 kbps) dan panjang message/teks pada Short Message Service (160 characters). GPRS akan dapat secara penuh mengaplikasi internet seperti yang biasa kita dapatkan di desktop komputer, dari web browsing sampai dengan chat. Selain itu GPRS akan memberikan kemudahan pindah fail, dan home automation iaitu dengan dapatnya kita mengawal peralatan dirumah kita secara remote dari daerah diluar rumah kita sendiri. 

MENGGUNAKAN GPRS

Untuk dapat menggunakan GPRS, perkara berikut diperlukan:

·         Hp atau terminal dengan sistem GPRS (banyak telefon baru yang telah menyediakan sistem ini)

·         Mendaftar pada operator network dengan sistem GPRS

·         Penggunaan  GPRS harus telah dibenarkan oleh operator network berkenaan.

·         Pengetahuan tentang bagaimana menghantar dan menerima informasi GPRS dengan hp yang dimiliki.

·         Sebuah tujuan untuk menhantar atau menerima informasi melalui GPRS. Kalau pada SMS biasanya tujuan ini adalah hp orang lain, maka pada GPRS kemungkinan tujuan yang paling banyak adalah alamat pada internet, karena GPRS direkabentuk agar internet dapat digunakan oleh pemegang hp.