Make your own free website on Tripod.com
NakPonakYo?
Pemilihan Angkasawan

HOME

Apa ada dengan aku | Favorite Links | Contact Me | Lagoo | Video | Sanggar

    Pemilihan angkasawan pertama telah dilakukan pada tahun 1961, iaitu sebanyak 7 angkasawan telah dipilih unutk ke angkasa lepas dalam menyertai operasi angkasa lepas oleh Amerika Syarikat. Pada 1959, NASA telah menjalankan kerjasama untuk melakukan pemilihan dari kalangan tentera bagi menjadikan mereka angkasawan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pada mulanya, NASA menetapkan wajib memiliki pengalaman memandu kapal terbang jet dan latihan kejuruteraan.
PEMILIHAN CALON ANGKASAWAN
PADA ZAMAN "SPACE SHUTTLE"

Ketinggian bakal angkasawan juga mestilah kurang 5 kaki 11 inci kerana ruang ysng terhad di dalam kapsul Mercury yang telah direka. Setelah melakukan penapisan, NASA telah memilih 7 orang daripada 500 orang yang memohon. Mereka adalah Air Force Captain L. Gordon Cooper, Jr., Virgil Gus Grissom, Donald K. Deke Slayton, Marine Lieutenant Colonel John H. Glenn, Jr., Navy Lieutenant M Scott Carpenter, Navy Lieutenant Commanders Walter M Schirra, Jr., dan Alan B. Shepard, Jr.
Semuanya menyertai projek penerbangan Mercury kecuali Slayton atas sebab- sebab kesihatan. Lama- kelamaan, pemilihan angkasawan bertukar syaratnya daripada pengalaman memandu kapal terbang jet dan latihan kejuruteraan kepada lebih dalam bidang akademik. Selepas perubahan syarat dijalankan, 400 permohonan diterima dan hanya 6 yang diluluskan. Apabila program Air Force Manned Orbiting Laboratory dibubarkan , 7 tenaga pengajar bagi melatih angkasawan ditukarkan ke bawah NASA.
 

Pengambilan pertama calon angkasawan bagi menyertai program ke angkasa lepas dijalankan pada Januari 1978. Pada bulan Julai, 35 orang dipilih dan diberikan latihan yang ketat di NASA Johnson Spaca Center (JSC), di Houston, Texas untuk memastikan persediaan sepenuhnya sebelum ke angkasa kepas. Kumpulan yang terdiri daripada 20 saintis angkasawan dan 15 pemandu kapal angkasa tamat latihan dan dinaikkan taraf daripada pelatih angkasawan kepada angkasawan yang sah. Pada Ogos 1979, 6 daripada 35 angkasawan tersebut adalam wanita dan empat lagi adalah minorities.
8 kumpulan pemandu kapal angkasa dan pakar telah ditambah iaitu 19 pada 1980, 17 pada 1984, 13 pada 1985, 15 pada 1987, 23 pada 1990, 19 pada 1992, 19 pada 1995 dan 35 pada 1996.

PEMILIHAN DAN LATIHAN
UNTUK MASA HADAPAN

Pada masa hadapan, Amerika Syarikat bersama-sama dengan rakan-rakan kongsinya akan mewujudkan stesen angkasa lepas yang dikendalikan oleh manusia. Daripada stesen tersebut, manusia akan membuat perjalanan ke bulan atau pun ke planet marikh. Oleh itu, keperluan untuk menghasilkan angkasawan yang professional semakin meningkat.

Untuk mengatasi masalah ini, NASA telah menjalankan satu program pemilihan angkasawan. Nasa melakukan pemilihan setiap 2 tahun untuk memastikan angkasawan mencukupi. Pemilihan angkasawan dijalankan dengan ketat bagi memastikan angkasawan yang dibentuk adalah berdisiplin dan betul-betul bersedia untuk menyertai program ke angkasa lepas.

Untuk pemandu dan pakar angkasawan , kelulusan ijazah lanjutan daripada universiti yang diiktiraf dalam bidang sains biologi, sains fizikal atau matematik adalah diwajibkan. Bagi pakar angkasawan, 3 tahun dalam mana-mana bidang professional adalah perlu.Ijazah tinggi adalah diwajibkan kepada semua syarat pengalaman yang ditentukan.Contohnya, di dalam bidang kedoktoran sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman.
Bagi yang igin menjadi pemandu kapal angkasa , dia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

i) Sekurang-kurangnya 1000jam pengalaman memandu kapal terbang jet dan pengalaman dalam penerbangan percubaan adalah diwajibkan
ii) Melepasi ujian fizikal NASA kelas 1 yang sama dengan ujian fizikal pemandu jet pejuang tentera kelas 1
iii) Tekanan darah adalah 140/90 dalam posisi duduk
iv) Ketinggian antara 64 hingga 76 inci.

Pakar program memiliki keperluan yang sama kecuali ujian fizikal adalah ujian NASA kelas 2 yang sama dengan ujian fizikal kelas 2 bagi pemandu jet pejuang kelas 2 dalam bidang ketenteraan. Ketinggian pul;a hendaklah antara 58.5 hingga 76 inci.

Mereka yang memenuhi syarat minimum yang ditetapkan akan ditapis melalui tahap disiplin yang mereka tunjukkan. Selama seminngu mereka akan dikawal, dilakukan pemeriksasan kesihatan, orentasi, dan temuramah. Pemilihan dilakukan berdasarkan prestasi akademik calon, latihan, dan pengalaman yang dimiliki serta kemahiran tertentu yang ada pada diri calon. Setelah penapisan tadi dilakukan, terdapat bebrapa ratus calon yang layak. Oleh sebab itu , penapisan terakhir yang dilakukan sepenuhnya berdasarkan temuramah secara perseorangan.

Angkasawan yang telah dipilih akan menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama dan berkemahiran tinggi dengan sikap-sikap yang positif dalam diri serta dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tugas sebagai pasukan angkasawan. Pemohon yang berjaya akan dibentuk menjadi angkasawan dan didaftarkan di Johnson Space Center untuk latihan penyesuaian diri selama 1 atau 2 tahun.

Orang awam yang berjaya menamatkan latihan dan program yang diadakan akan dinaiikkan taraf kepada angkasawan dan akan bertugas di NASA sekkurang-kurangnya 5 tahun. Manakala bagi anggota tentera yang berjaya menamatkan latihan akan diberikan tugas dan tempoh masa yang tertentu mengikut kehendak NASA.