Nakponakyo ari neh:
Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
10 Jan 04 - Gaban, Kancil, Evo 5, WKW masing masing semua nya kegatalan jari ari neh. Minggu lepas cuma Gaban sorang je yang dapat melampiaskan kegatalan jari jemarinya, so ari neh merupakan penggabungan dan kesepakatan semua setelah perencanaan selama 2 hari dilakukan. baca seterusnya
7 Jan 04 - Pagi pagi sebelum pegi kerje, bukaklah TV. So sambil siap siap tu tengoklah MHI bersama pengacara Nizal dan Dahlan Makmur. Tengok diaorang tengah rancak menerima panggilan telefon dari penonton yang mengucapkan tahniah diatas perlantikan DS Najib menjadi The 2nd man. Maka ini mengingatkan aku akan satu teori....
baca seterusnya
6 Jan 04 - The whole day, I'm not at office for attending a very fruitable seminar. Talking about National Seminar on Malaysia Building Integrated Photovoltaic at Renaissance Kuala Lumpur Hotel is something, I can say as a key factor enhancing our renewable energy resources development. The seminar was organized by:-
continue reading
5 Jan 04 - Pagi itu, kerana tidak mahu minum sorang sorang di kantin, aku telah mengajak member seopis minum di kantin. Mi goreng dan teh O sebagai alas perut hingga ke tengahari dan dia cukup sekadar teh tarik secawan. Dipendekkan cerita, tengah sedap minum, dia beritahu bahawa malam tadi (awal pagi sebenarnya) dia telah kena "kacau". "Kacau apa?", tanya aku. "Ini kali ke-dua aku kena", sambungnya.
1 Jan 04 - Harapan 2004 - Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ramai yang melafazkan kesyukuran di atas segala nikmat, rezeki, rahmat jua cabaran yang telah berjaya ditempuhi selama ini apabila mengimbas kembali kenangan setahun yang lalu.
Sebagaimana layaknya, mailbox saya pagi ni dipenuhi dengan ucapan selamat tahun baru. Terima kasih, dan semoga tahun ini lebih membuahkan kejayaan untuk semua.
Sesuatu yang menarik perhatian saya pada hari ini adalah pesanan pendek ke henfon saya malam tadi yang bertanyakan, "Apakah harapan anda sempena tahun baru ini untuk diri sendiri, keluarga kamu, masyarakat sekampung kamu, komuniti kamu, bangsa kamu dan negara kamu?". Mesej itu tidak saya reply seadanya, cuma saya send balik dengan mesej pendek "Saya tidak mengharap pada harapan, saya akan buat apa yang saya harap"
Berbicara soal harapan sebenarnya terlalu panjang untuk dihuraikan, lebih lebih lagi jika tiada arah difokuskan. Kadangkala ramai yang memanggilnya sebagai Azam. Teringat pulak lagu kat radio pagi tadi, "Azam berazam....(terlupa pulak lirik seterusnya)..."
Pada saya yang jelasnya adalah letakkan matlamat, fokus dan buat. Itu sahaja. Supaya harapan tidak cuma tinggap harapan.
|