THESIS
Pembangunan pesat negara mencambahkan usaha pembinaan di muka bumi. Dalam proses ini tanah merupakan unsur terpenting. Kebanyakan rekabentuk kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, tambakan dan lain lain dibina di atas tanah liat lembut. Di atas sifat tanah yang mudah termampat, kelakuan enapan asa adalah pentign untuk difahami.
Bagi menjalankan kajian, perisisan komersil SAGE CRISP Edisi ke-3 digunakan. SAGE CRISP merupakan program komputer berdasarkan Windows yang sesuai bagi membuat ramalam kelakuan tanah dengan kaedah analisis unsur terhingga (finite element analysis). Berdasarkan sifat tanah asas yang pelbagai, sebanyak lapan kes dikaji:-
- Perbezaan nilai modulus ricih lapisan lapisan tanah di dalam asas
- Kewujudan zon tanah lembut dalam asas dan pengaruh saiz zon tersebut
- Perbezaan nilai modulus ricih zon tanah lembut
- Kedalaman satu zon tanah lembut di dalam asas
- Kewujudan dua zon tanah lembut dengan kedudukan zon tanah lembut pertama hampir dengan dasar asas.
- Kewujudan dua zon tanah lembut dengan kedudukan zon tanah lembut pertama hampir dengan permukaan asas.
- Pertambahan bilangan zon tanah lembut yang bermula dari kedudukan hampir dengan dasar asas
- Pertambahan bilangan zon tanah lembut yang bermula dari kedudukan hampir dengan permukaan asas
Daripada analisis yang dijalankan, dapat diperhatikan, kewujudan suatu zon tanah lembut akibat adanya lompang di dalam asas telah mempengaruhi tempoh dan keadaan pengukuhan. Kewujudan zon tanah lembut memanjangkan tempoh asas untuk mengukuh dengan lengkap. Pengukuhan lengkap dianggap berlaku apabila jumlah enapan pada suatu ketika tidak banyak berbeza daripada jumlah enapan pada ketika berikutnya, iaitu sebanyak 0.01%. Untuk memahami kelakuan enapan dan pengukuhan ini, enapan serta merta dan jumlah enapan diperhatikan.
Enapan serta merta yang paling besar berlaku pada keadaan asas yang mempunyai satu lompang yang membentuk zon tanah lembut berada hampir dengan dasar asas, manakala jumlah enapan yang paling kritikal apabila dua lompang berada amat hampir antara satu sama lain di kedudukan hampir dengan permukaan asas.
Kajian kajian kes yang dijalankan menunjukkan kesesuaian kaedah unsur terhingga bagi menganalisis keadaan tanah asas. SAGE CRISP juga bergua untuk meramalkan kelakuan asas terutamanya jika sesuatu enapan mengambil masa yang panjang sebelum mengalami proses pengukuhan.