Gaban, Kancil, Evo 5, WKW masing masing semua nya kegatalan jari ari neh. Minggu lepas cuma Gaban sorang je yang dapat melampiaskan kegatalan jari jemarinya, so ari neh merupakan penggabungan dan kesepakatan semua setelah perencanaan selama 2 hari dilakukan. Malang skali Mukh tak dapat join sama. Farr pulak semenjak dah kawen neh, dah susah nak join skali. BEQ dan Blue pulak menyatakan kesetujuan last last minute. Untuk menyerikan suasana Kancil telah berjaya mengheret sekali Siput Bebi dan Siput Bebi dengan jayanya mengangkut Hamtaro bagi menghilangkan kegatalan jari.
So, after office hr, lebe kureng 1:30 petang, gerombolan itupun berarak dan berangkat ke Level 3 Pertama Complex. Round 1, untuk pemanasan badan, Evo 5, WKW dan BEQ telah menggasak lane dan lurah di kiri dan kanannya sepanas panasnya. Ketibaan Gaban, Kancil dan Siput Bebi agak keterlewatan sket oleh sebab Siput Bebi merasakan yang dia perlu menggayakan seluar yang lebih sesuai dan mantap lagi. Hamtaro plak masih dalam perjalanan.
Di round kedua, Gaban mendahului seawal balingan lagi dan disaingi hebat oleh WKW dengan Evo 5 terpaksa bertukar enjin kepada Evo 7, namun masih belum mantap dan bergaya untuk memintas. Kancil menyedari kelibat Gaban dengan 5 strike berturut turut tanpa berlengah lagi mengeluarkan Power-Shot nya dihujung permainan round ke dua ini. Kelibat Hamtaro kemudiannya makin menyemarakkan semangat Kancil.
Kewujudan Blue kemudiannya dan kebertandangan Hamtaro di round ketiga memperlihatkan perubahan rentak balingan. Semua strategi dilakukan oleh BEQ kelihatan masih gagal menyekat Blue yang telah mendapat tenaga tambahan dari sepotong kek yang dimakan sorang sorang. Prestasi Evo adalah sesuatu yang amat di luar jangkaan imaginasi. Adakah auro dari Hamtaro menganggu konsentrasinya? Atau kelibat aweks kat lorong sebelah turut memberi pengaruh? Kerana mereka seolah olah baru sahaja selesai membuat teknik robonding.
3 game itu akhirnya berjaya menghilangkan kegatalan jemari masing masing untuk hari neh. Gerombolan itu kemudiannya bergerombol dengan pantas ke warung padang merbuk bagi aktiviti melenyapkan kelaparan dan kehausan.
TAMAT