1. Apa itu SMS?
Dengan Short Message Service (SMS), pengguna hp GSM dapat menghantar dan menerima berita/message pendek (biasanya sehingga 60 karakter). Text adalah dalam bentuk perkataan atau nombor atau kombinasi alphanumeric. SMS dicipta sebahagian daripada standart GSM Phase 1. Short message pertama yang dihantar adalah pada bulan Disember 1992 dari sebuah komputer peribadi (PC) ke sebuah hp pada network Vodafone GSM di Inggeris. Kalau short message ini dilakukan dengan huruf latin maka 160 karakter yang dapat dihantar, apabila non-latin seperti huruf Arab atau Cina jumlah karakter adalah 70.
2. Bagaimana ia berfungsi?
Seluruh operator GSM network mempunyai Message Centre, yang bertanggung jawab terhadap pengoperasian dari berita2 yang ada.Bila seseorang menghantar berita kepada orang lain dengan hpnya, maka berita ini harus melalui Message Centre dari operator network tersebut, dan MC ini dengan segera dapat menemukan sipenerima berita tersebut. MC ini menambah berita tersebut dengan tarikh, waktu dan nombor dari si penghantar berita dan menghantar berita tersebut kepada si penerima berita. Apabila hp penerima sedang tidak aktif, maka MC akan menyimpan berita tersebut dan akan segera menghantarnya apabila hp penerima terhubung dengan network atau aktif.
3. Apa itu SMS-MT, SMS-MO and SMS-CB ?
Bila hp mempunyai kemudahan SMS-MT ini bermakna bahwa hp tersebut dapat menerima mesej pendek.
Bila hp mempunyai kemudahan SMS-MO ini berarti bahwa hp tersebut dapat menghantar mesej pendek.
Bila hp mempunyai kemudahan SMS-CB ini berarti bahwa hp tersebut dapat menerima mesej pendek dari operator network (Cell Broadcasting).
4. Adakah semua hp mempunyai kemudahan SMS ?
Semua hp mempunyai kemudahan untuk menerima berita atau SMS (SMS-MT).
Tetapi hp2 model lama ada yang tidak mempunyai kemudahan menghantar mesej (SMS-MO).
Biasanya seluruh hp baru mempunyai kemudahan menghantar dan menerima SMS.
5. Apa yang perlu dilakukan untuk dapat menerima SMS ?
Tidak ada yang perlu dilakukan. Sesaat setelah anda menerima telepon maka anda dapat segera membaca SMS tersebut dilayar hp anda.
6. Apa yang perlu dilakukan untuk dapat menghantar SMS ?
Sebelum anda menghantar SMS untuk pertama kalinya, anda harus memasukkan nombor Message Centre dari operator atau network yang anda gunakan. Nomor ini dimasukkan hanya sekali dan akan automatik di save oleh hp anda. Biasanya nombor ini sudah ada pada SIM card. Apabila tidak ada maka bolehlah menghubungi operator anda.
7. Bagaimana menghantar SMS ?
Dari menu hp anda, pilihlah "write message". Kemudian dengan menggunakan keypad hp anda, tulislah berita anda (maksimum 160 karakter). Setelah itu anda akan ditanya nombor si penerima, masukkan nomor tsb dan send atau hantar SMS anda.
8. Berapakah kos SMS ini?
Kos bergantung kepada opertor network GSM anda. Biasanya sekitar 10 sen hingga 30 sen. Kos ini hanya untuk menghantar SMS.Mungkin ada operator yang mengambil kos dari menerima SMS. Dari internet anda dapat juga menghantar SMS.
9.Mengapa menggunakan SMS ?
Dengan SMS anda dapat selain menghantar mesej, juga dapat menghantar informasi pribadi penting (nomor akaun,telepon, dsb) kepada orang lain,dengan selamat. Sehingga si penerima dapat menyimpan berita atau info itu di hpnya, dan dapat melihatnya kembali bila diperlukan. Selain itu tentu saja SMS meringankan kos kita, apabila tidak perlu berhubung secara lisan.
10.Bagaimana dengan keselamatan SMS ?
Walaupun sampai saat ini SMS masih boleh dikatakan selamat, tetapi sudah tentu sebagai sebuah produk yang diciptakan oleh manusia, ia tentu mempunyai lubang2 dalam sistem keselamatannya. Tetapi untuk keperluan sehari hari, yang tidak terlalu memerlukan keselamatan, SMS masih dapat dikatakan selamat.
11.Dapatkah kita mengirim email dengan SMS ?
Ya kita dapat mengirim email dengan kemudahan SMS.Beberapa operator telah memberikan pelayanan tersebut.