NakPonakYo?
Mengkaji Planet Musytari

HOME

Apa ada dengan aku | Favorite Links | Contact Me | Lagoo | Video | Sanggar

     Mengkaji planet terbesar di dalam sistem solar boleh menjadi lebih menyeronokkan walaupun hanya menggunakan sebuah teleskop ringkas,anda berupaya menjadikan hasil pengkajian tersebut sebagai bahan saintifik yang berkekalan dan bernilai.
Musytari kerap kali diperkatakan sebagai planet untuk pengkajian para pengkaji amatur,sepertimana pendapat Glenn Orton yang menyatakan ia menawarkan peluang keemasan kepada para pengkaji amatur untuk memberi sumbangan yang besar ke dalam bidang astronomi.Apa yang diperlukan ialah keazaman yang kukuh dan keberkesanan peralatan yang digunakan.

PERALATAN

Setiapkali apabila topik tentang pelaksanaan pengkajian saintifik yang berkualiti diperbincangkan,antara persoalan utama yang diutarakan ialah ; apakah teleskop terbaik untuk digunakan?Jawapannya sungguh mudah;teleskop yang berkeupayaan untuk menghasilkan perbandingan pemandangan yang ketara.Umumnya keadaan iniakan menghasilkan pemandangan dengan warna yang lebih tepat iaitu menggunakan alat pembias cahayayang berupaya membanding beza struktur keadaan sebuah planet daripada keupayaan kosong tanpa warna hingga keadaan yang dipenuhi warna serta bantuan daripada alat pemantul cahaya Newtonian dengan kebolehan jarak fokus yang mudah dilaraskan mengikut kesesuaian penggunaan.Penggunaan teleskop bercermin besar yang kompleks seperti Schmidt-Cassegrains atau Maksutov-Cassegrains adalah tidak digalakkan.Walaubagaimanapun,para pengkaji tidak harus cepat berputus asa dalam siri pengkajian planet Jupiter walaupun masih ragu-ragu dalam pemilihan teleskop terbaik yang boleh digunakan.Banyak penemuan penting berjaya dilakukan oleh golongan amatur dengan hanya berbekalkan teleskop biasa seperti Schmidt Cassegrains.

Sebenarnya yang dikatakan teleskop terbaik adalah sebuah teleskop yang digunakan secara berkesan oleh penggunanya.Kita seharusnya terlampau mementingkan jenis teleskop yang digunakan,sebaliknya memastikan mutu kantayang digunakan bermutu tinggi dan sesuai.Saiz turut memainkan peranan yang penting-alat pembias cahaya 5 inci yang sesuai atau alat pemantul cahaya 6 inci yang didirikan di atas sebuah kawasan tanah tinggi merupakan keperluan minimum untuk suatu pengkajian serius ke atas planet Jupiter.Alat yang lebih besar adalah lebih baik kerana ia membenarkan penelitian yang lebih tepat ke atas maklumat yang diperolehi dan hasilan diskrit yang terdiri daripada kesan banding-beza yang kurang ketara.

Walaupun planet Jupiter sangat besar dan cerah,ia menghasilkan imej yang kurang bermutu di bawah kuasa pembesaran yang lebih tinggi.Oleh sebab itu,anda akan jarang sekali menggunakan kuasa pembesaran melebihi 40x per inci dalam suatu sela sesuatu kanta.Saya mendapati bahawa kanta pembesar milik saya yang berukuran 8 inci hanya terhad kepada kira-kira kuasa pembesaran 200x pada waktu malam untuk suatu pemandangan yang jelas.Bagi optik teleskop pula,lensa tersebut harus berupaya memaparkan pemandangan yang jelas,tajam dan beza kontras yang tinggi.Ramai pengkaji planet yang telah berkecimpung secara serius dalam bidang ini memmilih teleskop jenis Plossl yang berkualiti tinggi atau lensa ortoskopik hinggalah kepada jenis yang kompleks yang direka khas untuk mendapatkan pemandangan yang sangat luas.
Penapis warna yang terdapat bersama-sama lensa teleskop akan dapat memperbaiki daya kontras untuk sesetengah ciri Jovian sekaligus dapat membantu dalam mengenal pasti ciri-ciri tersebut.
Sebagai garis panduan umum,pilih penapis warna dengan warna yang bertentangan dengan ciri-ciri yang hendak dikaji.Misalnya untuk Great Red Sport ( GRS ) dan lingkaran merah keperangan sangat sesuai dilihat menerusi penapis berwarna biru seperti Wratten 82A ( biru lembut ), 80A ( biru muda ), atau 38A ( biru ).Penapis berwarna merah seperti Wratten 21 ( merah jingga ), 23 ( merah lembut ), dan 25 ( merah ) boleh digunakan untuk mempertingkatkan mutu ciri-ciri kebiruan seperti projeksi dan corak sesperti karangan bunga yang ditemui pada bahagian hujung selatan Lingkaran Utara Khatulistiwa.Saya menggunakan penapis-penapis warna kuning seperti Wratten 12 ( kuning muda ) dan 8 ( kuning lembut ) untuk mempertingkat tahap kontras pada pemandangan di sekitar kawasan kutub.
Penapis warna jenis Wratten 8 berfungsi secara berkesan sebagai alat peningkat daya kontras serbaguna.Pelaksanaan eksperimen adalah cara terbaik untuk mencari alat penapis warna terbaik yang sesuai digunakan dan bertepatan dengan ciri-ciri Jovian.Contohnya, saya telah menemui bahawa penapis warna kuning sangat berkesan dalam penelitianb kawasan selatan yang menunjukkan daya kontras yang rendah dan beriklim sederhana.Bergantung kepada keadaan semasa penelitian dilaksanakan, pengkajian tanpa menggunakn alat penapis warna kadangkala terbukti sebagai satu stategi yang bijak.

PENGKAJIAN

Sememangnya, walaupun teleskop terbaik yang dilengkapi dengan dengan alat pnapis warna yang sesuai pun masih tidak mampu menancingi keadaan atmosfera yang tidak menentu yang menyukarkan pengkajian dilaksanakan.Sebuah pertubuhan iaitu The Association of Lunar and Planetary Observers ( ALPO ) menggunakan skala dari 0 hingga 10 untuk menggambarkan kesesuaian keadaan untuk penglihatan dengan 0 disifatkan sebagai paling dahsyat dan 10 sebagai yang terbaik.Seandainya tahap penglihatan anda adalah kurang daripada 5, anda terpaksa menunggu di lain masa untuk menjalankan pengkajian menggunakan peralatan berkuasa tinggi.

Jupiter adalah sebuah planet yang menyeronokkan untuk dikaji dengan apa jua jenis teleskop.Walau dengan alat pembias cahaya pun ia akan dapat memaparkan kepulan-kepulan awan dan empat bulan yang mengorbit mengelilingi planet Jupiter yang sangat cerah.Jupiter juga menjanjikan suatu pemandangan teleskopik yang dinamik- anda tidak akan mendapati pemandangan yang sama berulang sebanyak 2 kali.Ini adalah kesan daripada putarannya yang sangat laju- planet gergasi yang terdiri daripada gas seperti Jupiter mempamerkan putaran yang berbeza.Ini kerana ia berputsar lebih laju di bahagian khatulistiwa berbanding di bahagian kutub.Permukaan Jupiter yang berjaya dikaji mempunyai 2 sistem putaran umum yang berbeza kira-kira selama 5 minit; sistem I ( 9jam 50.5 minit ) dan sistem II ( 9jam 55.7 minit).
Kebanyakan planet terdiri daripada corak pemutaran sistem II, manakala corak pemutaran sistem I diaplikasikan pada zon khatulistiwa.
Sekiranya anda berhasrat untuk mengkaji Jupiter secara serius, anda perlu mengkaji sekerap mungkin kerana semakin kerap anda menghabiskan masa dengan lensa anda, anda akan menjadi lebih cekap dalam pemerhatian ciri-ciri diskrit yang terdapat pada planet tersebut.Satu cara untuk mengenali Jupiter adalah dengan mengadakan lukisan sepenuhnya terhadap corak kepulan awan yang sentiasa berubah.Selalunya tugas ini meliputi mengadakan gambaran kasar tentang keadaan keseluruhan planet dalm satu masa dalam bentuk bahan belum bercetak.Perlu diingatkan untuk melampirkan sekali tarikh dan masa ( berpandukan Waktu Universal ).Anda memulakan dan mengakhiri sessi melukis, begitu juga dengan keadaan penglihatan, jenis teleskop yang digunakan,alat pembesar dan penapis warna jika digunakan.
Suatu variasi yang terbentuk dari lukisan yang disimpan di dalam cakera liut merupakan jaluran gambaran kasar.Untuk membuat jaluran ini, anda Cuma masa.Melalui pemfokusan pemerhatian ke atas kawasan kecil planet lebih banyak maklumat terperinci dapat direkod.Oleh itu jaluran gambaran kasar adalah lebih berharga daripada satu lukisan berupa keadaan keseluruhan planet.

Disebabkan kekerapan putaran yang terlalu tinggi,sesebuah lukisan sepenuhnya perlu disiapkan dalam masa lebih kurang 20 minit bagi memastikan agar ciri-ciri tersebut berturutan.Sebuah jaluran gambaran kasar,secara kontrasnya mungkin berturutan,merekodkan pelbagai ciri apabila ia merentasi meridian pusat(CM),suatu bayangan garis utara-selatan yang merentasi pusat planet itu.Borang pengkajian untuk kedua-dua jenis pelukisan itu boleh didapati di laman web ALPO.www.lpl.arizona.edu/alpo/.

Walaupun pelukisan itu penting,namun perekodan tempoh masa perjalanan meridian pusat untuk ciri-ciri Jovian adalah maklumat dsaintifik paling berharga yang boleh dihasilkan oleh seorang amatur.Merujuk kepada Phillip Budine,bekas pembantu kordinasi perekodan tempoh perjalanan untuk Bahagian Jupiter di ALPO, Visual pengkajian tempoh perjalanan CM telah menyediakan hampir kesemua maklumat berkenaan putaran ciri istimewa planet Jupiter
Para pengkaji yang gigih pasti berjaya menghasilkan maklumat yang sangat banyak.Prosedurnya sangat mudah: dengan berpandukan jam dengan kejituan kira-kira 30 saat,pastikan masa (dalam Waktu Universal) suatu ciri muncul di atas meridian pusat.Untuk ciri-ciri yang besar seperti GRS,pastikan perjalanan CM untuk sisi yang terdahulu,di tengah dan seterusnya,kemudian ambil puratanya.Selepas itu anda boleh menjumpai longitud Juvian .Ciri itu hanya dengan memeriksa masa yang tercatat pada sesuatu bahan ephemeris bercetak atau pada mana-mana program carta berkomputer yang mengira longitud Jovian .Seandainya anda mengkaji sesebuah ciri terlalu lama,anda akan mendapati berlakunya perubahan posisi.Melalui pemplotan longitud ciri tersebut berbanding tarikh pengkajian dilakukan ,anda akan mendapati kadar perjalanan ciri tersebut pada suatu latitud khusus.

Pada hari ini, ramai amatur telah menolak penggunaan kertas dan pen yang bersifat konvensional dan beralih kepada penggunaan kamera CCD.Bagi golongan amatur yang berkemahiran ,CCD berupaya menghasilkan imej yang hebat serta mampu menghasilkan jenis maklumat yang sama seperti cara yang digambarkan di atas.Tambahan pula,banyak ciri-ciri dengan keadaan kontras yang terlalu halusuntuk pengkajian visual berjaya dirakamkan dengan menggunakan kamera CCD.Sewaktu kemunculan terbaru Jupiter,imej daripada kamera CCD berjaya memaparkan pengkajian terperinci mengenai ciri-ciri yang mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk dijumpai.

KISAH DUA OVAL

Pemerhatian ke atas Jupiter boleh dikatakan sebagai menarik dan memberi banyak penemuan saintifik yang hebat sepertimana yang diilustrasikan oleh kes Oval untuk South Temperate Belt (SEB).Selama 60 tahun tiga oval yang besar dan cerah menunjukkan BC,DE dan FA telah dikaji di STEB.Walau bagaimanapun apabila Jupiter keluar daripada kawasan kilauan Matahari sewaktu kemunculan berlaku pada permulaan tahun 1998-1999,adalah suatu berita yang mengejutkan kepada kebanyakan ahli falak yang beranggapan bahawa kedinamikan oval-oval ini akan menyebabkan ia akan menghentam antara satu sama lain ssekiranya wujud suatu isyarat perhubungan.
Sebuah gabungan oval baru (dinamakan BE) muncul lebih besar tetapi kurang cerah berbanding pasangan asal yang belum berpadu.Sewaktu kadar kehanyutan dan kedudukan mereka berubah,dua oval yabg terselamat kekal berasingan.

Sewaktu berlaku kemunculan sekitar tahun 1999-2000,para pengkaji terus meneliti pergerakan dramatik BE dan FA.Pada April 1999,bahagian pusat mereka telah terasing sebanyak longitud 20 darjah.Tetapi sewaktu berlaku pembaharuan dalam kemunculan itu,golongan amatur yang terlibat dalam perekodan perjalanan CM dan imej CCD berjaya memaparkan jurang antara kedua-dua oval sewaktu berlaku penutupan.Organisasi-organisasi seperti ALPO dan Pertubuhan Ilmu Astronomi British memastikan komuniti profesional sentiasa mendapat bekalan tentang perkembangan terbaru dan ukuran kedudukan berpandukan maklumat yang diperoleh daripada ahli falak amatur.Maklumat maklumat ini sangat sukar diperolehi iaitu perbezaan kontras antara oval-oval dan latar belakang zon yang sangat malap.