NakPonakYo?
7 Jan 04

HOME

Apa ada dengan aku | Favorite Links | Contact Me | Lagoo | Video | Sanggar

Pagi pagi sebelum pegi kerje, bukaklah TV. So sambil siap siap tu tengoklah MHI bersama pengacara Nizal dan Dahlan Makmur. Tengok diaorang tengah rancak menerima panggilan telefon dari penonton yang mengucapkan tahniah diatas perlantikan DS Najib menjadi The 2nd man.  Maka ini meningatkan aku akan satu teori yg telah dibuat oleh ramai pihak nampaknya hampir menjadi kenyataan apabila TPM yang baru dilantik telah melengkapan turutan huruf yang telah di atur susun sebagimana berikut:-

R-A-H-M-A-N

R-Tunku Abdul Rahman
A-Tun Abdul Razak
H-Tun Husin Onn
M-Tun Mahathir
A-Dato Sri Abdullah
N-Dato Sri Najib

 

Secara peribadi, aku mula mengenali beliau semasa masih bersekolah kat Kuantan, Pahang dulu.  Aku masih ingat hari itu adalah Hari Penyampaian Hadiah Tahunan sekolah. Beliau menyampaikan anugerah kepada aku di atas pencapaian akademik aku and the gang di SEMSAS. So, hari ni aku pun buat research siapa sebenarnya DS Najib neh.

 

  • Datuk Seri Najib Tun Razak, 50, menjadi Ahli Parlimen termuda pada usia 23 tahun.
  • Menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.
  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, adalah anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Razak Hussein.
  • Persekolahan rendah dan menengah di St Johns Institution, Kuala Lumpur.
  • Melanjutkan pendidikannya ke Malven Boyss College, Worchestershire, England.
  • Menuntut di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 1974 untuk mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda sastera pengkhususan dalam ekonomi perindustrian.
  • Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas sebagai Pengurus Perhubungan Awam Petronas.
  • Mula memasuki arena politik secara aktif pada 1976 apabila bertanding bagi kerusi Parlimen Pekan, Pahang pada usia muda 23 tahun dan menang tanpa bertanding.
  • Pada 27 Julai 1978 pula, Najib dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan memegang jawatan itu sehingga 15 September 1980.
  • Dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (16 September hingga 17 Julai 1981).
  • Kemudian dipindah selaku Timbalan Menteri Kewangan (18 Julai 1981 hingga Mei 1982).
  • Pada 4 Mei 1982, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Pekan dan memegang jawatan itu sehingga 10 Ogos 1986.
  • Pada 1986 pula, beliau sekali lagi bertanding untuk kerusi Parlimen Pekan dan menang dengan mudah. Berikutan itu, pada 11 Ogos tahun yang sama, beliau dijadikan menteri penuh selaku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu jawatan yang disandangnya sehingga Oktober 1990.
  • Pada 26 Oktober 1990, beliau menyandang jawatan Menteri Pertahanan sehingga April 1995 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan (3 Mei 1995 hingga November 1999), sebelum kembali semula ke Kementerian Pertahanan sejak Disember 1999 hingga sekarang.
  • Dalam Umno pula, Najib bermula sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976.
  • Pada pemilihan parti 1978 pula, beliau dipilih sebagai exco Pergerakan Pemuda Umno di peringkat pusat
  • Menjadi Naib Ketua Pemuda (1982-1987)
  • Ketua Pemuda pada 1988 sebelum meletakkan jawatan itu untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 4 November 1993 dan menang.
  • Najib terus berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden pada pemilihan 1996 dan 2000 dengan meraih undi tertinggi.
  • Pada 1989, atas sumbangannya kepada arena sukan negara, beliau dianugerahkan Man Of The Year Award oleh Timesports, New Straits Times.

 

TAMAT