Buat Sekarang Juga!
Mungkin anda tidak ada apa yang silap
Cara anda hidup, kerja yang anda buat
Tapi saya nampak jelas
Di mana silapnya saya
Bukan saya malas
Atau sengaja mengelak tugas
Saya kerja keras semacam orang lain jua
Tapi saya dapat sempurnakan sedikit sahaja
Pagi berlalu, petang pun dah tiba
Sedar sedar, malam menjelma
Rata rata saya kesal
Sekeliling saya banyak perkara belum selesai
Kalaulah saya ini dapat teratur sikit
Sekali sekala saya sedar
Bukan semuanya bergantung atas manusia
Manusia itu mesti merancang
Anda nampaknya mungkin tidak ada masalah
Tapi begini masalah saya seharian
Saya membuat kerja yang tidak begitu mustahak
Juga tidak seberapa pun
Tapi nampaknya sangat mustahak
Sehinggalah saya biarkan saja
Saya petik itu, petik ini
Tapi saya tidak habiskan apa yang saya buat
Saya kuat kerja macam orang lain juga
Namun sikit saja yang saya capai
Sebenarnya anda pasti hairan
Banyak yang boleh saya capai
Kalaulah saya dapat menyusun rancangan
(Douglas Malloch, terjemahan Shukri Ibrahim, 26082000)